Perempuan ini menceritakan kisahnya yang dimadukan semasa umurnya 25 tahun.Sebakla pulak admin..huhu
Posted by OHBULAN! on Tuesday, November 3, 2015
^__^ melihat video ini...
(hembus nafas seperti mengeluh)
POLIGAMI
aku sudah lali...
aku sudah muak...
sehingga satu saat menjadi fobia...
namun ketahuilah... ramai hati yang akan sakit dan hanya kamu yang berbahagia... nikahlah sehingga 4isteri... dan rasalah nikmatnya sendiri...
BAHAGIA atau sakit......
namun aku percaya apa yang kamu rasa hanyalah bahagia seperti RAJA ditemani bidadari...
tiba saat...kau jatuh...tersungkur.... tanpa ada satu orang pun ingin memandangmu.....
ketahuilah
bukan isteri-isterimu sahaja yang akan merana berkecil hati bila berkongsi kasihmu...
tetapi anak-anakmu juga akan merana berkongsi kasihmu...
Adakah anda berbahagia bila ada hati yang tersakiti?
Mahukah anda bila anak anda tidak lagi mencintaimu.. hanya kerana sakit hati bila tidak merasa kasih ayah...
Jodoh dan poligami adalah takdir yang sudah ditentukan oleh YANG MAHA ESA..
sekiranya takdir anda ditentukan untuk berpoligami...anda tidak akan terlepas...
sungguhpun anda menidakkannya...
PASTI
anda akan tetap bertahan dan menerima POLIGAMI
anda akan menjadi kuat...tabah secara automatiknya..
Allah Maha Adil...
pasti ada jalannya...
semuanya..jalan cerita kehidupan seseorang sudah lama termetrai...tersusun rapi...
NAMUN
jika anda tidak mampu untuk menerima Poligami...
mintalah petunjuk dari Allah S.W.T
dekatkanlah hatimu kepada YANG SATU.
********
namun...sebagai anak... jika kamu berkecil hati dengan ayahmu... dan rasa sakit apa yang diperlakukan kepada ibumu..bahawa ibumu dimadukan,.... janganlah sesekali membenci ayahmu....kerana seburuk-buruk wajah ayahmu....meskipun separuh badan ayahmu adalah binatang... dia tetap ayahmu.....
membenci ayahmu...sehingga kau menyatakan "aku tiada bapa"
sampai satu saat...dia pergi selamanya...
Anda akan menyesal..
menyesal kerana disebalik kisahnya dan cerita poligaminya ... terselit dukanya
hatinya akan terasa hiba..sedih bila anaknya tidak memperdulikan dirinya...
tdak mengasihi dirinya...
MADU TU MANIS....
NAMUN MEMAKAN DIRI...
CEGAHLAH MADU..NANTI ANDA KENCING MANIS...
KENA POTONG KAKI...
No comments:
Post a Comment