Pages

About Me

My photo
Gadis simple yang penakot lipas, but pencinta kucing, suka bercermin.

Friday, 27 November 2015

poligami



Perempuan ini menceritakan kisahnya yang dimadukan semasa umurnya 25 tahun.Sebakla pulak admin..huhu
Posted by OHBULAN! on Tuesday, November 3, 2015

^__^ melihat video ini...

(hembus nafas seperti mengeluh)
POLIGAMI

aku sudah lali...
aku sudah muak...
sehingga satu saat menjadi fobia...

namun ketahuilah... ramai hati yang akan sakit dan hanya kamu yang berbahagia... nikahlah sehingga 4isteri... dan rasalah nikmatnya sendiri...

BAHAGIA atau sakit......
namun aku percaya apa yang kamu rasa hanyalah bahagia seperti RAJA ditemani bidadari...
tiba saat...kau jatuh...tersungkur.... tanpa ada satu orang pun ingin memandangmu.....

ketahuilah
bukan isteri-isterimu sahaja yang akan merana berkecil hati bila berkongsi kasihmu...
tetapi anak-anakmu juga akan merana berkongsi kasihmu...

Adakah anda berbahagia bila ada hati yang tersakiti?
Mahukah anda bila anak anda tidak lagi mencintaimu.. hanya kerana sakit hati bila tidak merasa kasih ayah...

Jodoh dan poligami adalah takdir yang sudah ditentukan oleh YANG MAHA ESA..
sekiranya takdir anda ditentukan untuk berpoligami...anda tidak akan terlepas...
sungguhpun anda menidakkannya...
PASTI 

anda akan tetap bertahan dan menerima POLIGAMI

anda akan menjadi kuat...tabah secara automatiknya..
Allah Maha Adil...
pasti ada jalannya...
semuanya..jalan cerita kehidupan seseorang sudah lama termetrai...tersusun rapi...

NAMUN
jika anda tidak mampu untuk menerima Poligami...
mintalah petunjuk dari Allah S.W.T
dekatkanlah hatimu kepada YANG SATU.


********

namun...sebagai anak... jika kamu berkecil hati dengan ayahmu... dan rasa sakit apa yang diperlakukan kepada ibumu..bahawa ibumu dimadukan,.... janganlah sesekali membenci ayahmu....kerana seburuk-buruk wajah ayahmu....meskipun separuh badan ayahmu adalah binatang... dia tetap ayahmu.....

membenci ayahmu...sehingga kau menyatakan "aku tiada bapa"
sampai satu saat...dia pergi selamanya...

Anda akan menyesal..
menyesal kerana disebalik kisahnya dan cerita poligaminya ... terselit dukanya
hatinya akan terasa hiba..sedih bila anaknya tidak memperdulikan dirinya...
tdak mengasihi dirinya...


MADU TU MANIS....
NAMUN MEMAKAN DIRI...

CEGAHLAH MADU..NANTI ANDA KENCING MANIS...
KENA POTONG KAKI...

Tuesday, 15 September 2015

Surah Taha Ayat 1-5 : Melembutkan Hati yang Keras/Degil Anak/Suami/Isteri


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh

notes: Sekadar perkongsian dan simpanan diri di hari tua.



Secara ringkasnya ayat ini lah yang dibaca oleh Sayyidina Umar Al-Khattab r.a sebelum memeluk Islam, dan tersentuh hatinya memeluk agama Islam setelah membaca ayat-ayat surah Taha (Ayat1-5)

selain tu juga kita bole amalkan untuk diri sendiri, anak, suami atau isteri bahkan ahli keluarga kita agar Lembut Hatinya dan rajin menunaikan ibadah solat bahkan lain-lain amalan wajib dan sunnah dalam ajaran Islam.

InsyaAllah akan mendapat fhadilatnya .Amin

nak baca lebih detail bole rujuk sini 



Monday, 14 September 2015

Segmen Iklan Kuruskan Badan




Ingin mengurangkan berat badan yang makin naik??
Mendapat Kelulusan KKM (NO MAL15040029T) sudah pasti SELAMAT!!




JOM KURUS UNTUK SIHAT DAN SELAMAT!!!

DZ GARCINIA HERBAL Plus dirumus khas untuk membantu mereka yang ingin mengurangkan pengambilan makanan tanpa sekatan.














- Selera makan tidak terkawal buat berat badan terus meroket naik?
- Letih lesu tidak bermaya kerana makanan tidak dicerna dengan baik?
- Nak bersenam pun malas perut makin membuncit?

Amalkan DZ GARCINIA HERBAL PLUS, rasai perubahan seawal 1 minggu pertama.

Cara Langsing Bertenaga dengan Mudah

NIKMATI KELEBIHANNYA
✔ MEMBAKAR LEMAK
✔ MENGAWAL SELERA MAKAN
✔ MENINGKATKAN METABOLISME
✔ MENSTABILKAN HORMON

Kelebihan DZ GARCINIA HERBAL PLUS 500MG
✔Kesan KETARA seawal 1 minggu
✔Menghentikan selera makan
✔Menyekat pertambahan berat badan
✔Membaiki sistem pengahadaman
✔Membakar lemak dengan pantas secara semulajadi
✔Tiada kesan sampingan yang memudaratkan anda
✔Menghalang pembentukan lemak berlebihan
✔Meningkatkan metabolisme badan untuk membantu bakar lemak
✔Membuang toksin dalam badan
✔Tiada masalah kulit menggelebeh
✔Tanpa perlu bersenam
✔Membantu mengekalkan berat badan secara sihat (untuk yang dah kurus)

Kepada yang ada masalah susah nak Kurus…

DZ GARCINIA HERBAL PLUS 500MG sedia membantu anda dalam masa sebulan Sahaja

Keistimewaan DZ GARCINIA HERBAL PLUS 500MG
✔ Dapat membakar Lemak dengan Pantas tanpa senaman
✔ Sesuai Kepada semua yang Bekerja
✔ Dapat mengurangkan Lemak pada Peha, Perut, dan Leher
✔ Menghapuskan Lemak tersembunyi pada Organ
✔ Kesan seawal 7 Hari sahaja
✔ Memberi tenaga Sepanjang hari
✔ Menghilangkan Bau badan
✔ Sesuai kepada yang berada di bawah hawa dingin
✔ Boleh di ambil seawal USIA 15 tahun
✔ Ibu menyusu boleh mengambil Dz Garcinia tetapi usia baby 6 bulan keatas
✔ Diluluskan KKM (NO MAL15040029T)


KANDUNGAN;
Teh hijau (100mg)
Asam Gelugur (Garcinia) (100mg)
Guarana (100mg)
Aloevera (100mg)
Fructus Citrus (limau Nipis) (100mg)


PANTANG
✔ Digalakkan minum air 3-4 liter sehari..
✔ Pastikan tidur cukup supaya hormon bdn stabil
✔ Gula kurangkan
✔ Makan 2 kali sehari
✔ Kurangkan makanan berminyak.
✔ Elakkan minuman bercafein & berais
✔ Bersenaman 20minit sehari
✔ Pesakit kencing manis / darah tinggi boleh ambil sekiranye mengalami masaalah kegemukan
✔ Yang ada masalah Fibroid & Cancer tidak digalakkan mengambil
✔ Ibu Mengandung TIDAK di Benarkan

CARA PENGAMBILAN
Sehari makan 2 kapsul ambil 1 biji pagi dan 1biji malam sahaja
1 botol untuk sebulan.

UNTUK KESAN OPTIMUM
Disarankan makan 2 biji pagi dan 2 biji mlm sebelum makan untuk seminggu pertama.
Selepas seminggu hanya ambil 1 biji pagi dan 1biji malam sahaja.

DZ GARCINIA HERBAL PLUS 500MG
SIHAT, KURUS . MENAWAN
Kandungan: 60 biji kapsul x 500m

HARGA RM149(WM) RM159(EM)
MAHAL????
kelulusan dr KKM bukan guna air liur ye..thats why mahal!!
yang berminat sahaja!!!
please whatsapp 0137387005

Monday, 7 September 2015

Meriang @ Pening



Sudah lama.. aku tak jumpa dengan kamu
Sudah lama.. kamu tak memperhatikanku
Rindunya hatiku.. rindu ingin bertemu
Ku ingin dirimu.. selalu di sisiku

Aku meriang
Aku meriang
Aku meriang
Merindukan kasih sayang

Aku meriang
Aku meriang
Aku meriang
Aku butuh perhatian

Aku meriang
Aku meriang
Aku meriang
Merindukan kasih sayang

Aku meriang
Aku meriang
Aku meriang
Aku butuh kamu sayang

Aku Meriang
Aku Meriang

Sudah lama.. aku tak jumpa dengan kamu
Sudah lama.. kamu tak memperhatikanku
Rindunya hatiku.. rindu ingin bertemu
Ku ingin dirimu.. selalu di sisiku

Aku meriang
Aku meriang
Aku meriang
Merindukan kasih sayang

Aku meriang
Aku meriang
Aku meriang
Aku butuh perhatian

Aku meriang
Aku meriang
Aku meriang
Merindukan kasih sayang

Aku meriang
Aku meriang
Aku meriang
Aku butuh kamu sayang


Lirik Lagu Meriang Cita Citata


noted: suka dgr lagu ni... xsangka i suke lagu dangdut..

Thursday, 20 August 2015

mesti bahagia bila ada suami


Assalamualaikum..

korang dah kawen mesti happy kn ada suami disisi,
ada yang sudi panggil kita.. sayang, bidadari, wifey, dear, darling, honey bunny...

jeleznye........jelez sangat kt korang...
kadang nak je kawen cepat2 biar nanti ada suami disisi, ada yang sudi hold tangan kita lama-lama, ucap sayang... SELAMAT PAGI CINTA, SELAMAT MALAM DINDA

tapi rasanya aku belum sedia lagi nak kawen.. bila tengok member2 ada yang tgh preggy, ada yang ada baby, ada yang tengah counting day nak kawen...seriusly aku rasa nak sangat rasa bahagia tu...

but aku tahu..belum masanya

betul ke ada yang sayang dengan aku?
betul ke mereka serius setiap kali ajak aku kawen?
tapi aku masih tunggu si Dia yang minta aku tunggu hingga hujung tahun ni
walaupun aku dapat rasanya dia xmampu pun tunaikan janjinya
tapi aku still beri dia peluang..
walaupun ada member ajak2 ayam nak kawen dgn aku... but aku malas nak percaya
sebab dalam hati ni rasa kosong...sunyi..hahahha gedik je bunyi...

jodoh tu sudah ditetapkan..sabar menunggu...InsyaAllah akan sampai suatu saat nanti
ok la korang tu je nak share...
korang jgn kutuk2 taw...berdosa Allah marah nnt... ^___^



Wednesday, 19 August 2015

Beli Novel Online Mudah dan Selamat

Assalamualaikum

Awak mencari laman web jual novel melayu???

Antara laman web Online nak beli novel melayu online..so mereka yang KakiNovel tu elok sangat la beli koleksi baru.. hehehe banyak kn laman web jual novel baru...affordable..dan selamat okay...

1. KakiNovel.My daftar member dapat diskaun RM4 plus free postage
2. LoveNovel daftar member dapat diskaun RM3 plus free postage
3. KaryaSeni daftar member dapat diskaun RM3 plus free postage
4. SRpublication yang ni xde diskaun tapi free Postage
5. October.MY yang ni xde diskaun tapi free Postage
6. Fajarpakeer yang ni not sure...
7. IdeaKreatif daftar member dapat diskaun RM2 plus free postage
6. KaryStos Creative daftar member dapat diskaun RM2 plus free postage

Tuesday, 18 August 2015

Ciri-ciri lelaki perfect


Assalamualaikum

cerita pasal lelaki PERFECT ni mmg i'm interested.




Lelaki PERFECT?? 
setiap wanita..lain definisinya...lain ciri-ciri pada mr.perfect

ada orang .... 


PERFECT MEANS hensem, sado, romantic, kaya, setia 

ada orang
PERFECT means.. Alim mcm ustadz, suara halus sangat, senyuman manis, rajin, caring sangat....

so masing2 ada definisi...

tidak curang?
tidak merokok?
tidak melepak?
not selfish?
tidak malas?

semua tu suatu kemestian bukan ciri lelaki perfect...
awak curang saya curang
awak merokok saya bakar semua rokok awak sekali 
awak melepak ..igt saya tak bole melepak ke..???
awak selfish... saya pun bole selfish... 
awak malas?? saya pun malas tgk awak...
awak jump bangunan? saya tak kisah pun...terjun la...

patah dahan bole tumbuh lagi....

Monday, 17 August 2015

BZ pencinta Kucing


Assalamualaikum,

Pencinta Kucing, saya xde la cinta sangat...cuma kesian tengok kucing.. xde akal fikiran, but mereka faham taw...mereka la yang selalu buat kita marah, gembira, kucing ni comel..

Jaga kucing ni kena banyak sabar, even saya xdelah sabar sgt, kadang geram tu..melepek juga kepala diorang...kadang kene tampar gak meow ni... but jarang la...

tapi saya lebih suka jaga kucing kampung...kucing yang bulus lebat tu...xmampula nak jaga...
kucing kampung lagi best, xde nak penjagaan sepenuhnya.. cuma bagi makan, mandi, minum.

tahun ni je dah 11 ekor kucing saya jaga, makan xde la mewah sangat meow2 saya ni..ada rezeki lebih saya belikan makanan diorang

saya suka belikan makanan kucing brand Smartheart perasa tuna &Chicken, makan ni elok tuk penjagaan bulu n kulit diorang taw..


saya selalu amik berat 1.4kg je murah sikit dalam Rm18

Then saya Campur dengan makanan yang murah sikit...xde jenama

berat 500gram kadang beli 3bungkus je

setiap sebungkus tu RM3.80



1.4kg + 1.5kg = 2.9kg tidak cukup sebulan uoalsss
kucing saya banyak...ada 11 ekor ekor kucing kampung

so tipsnya.. makan makanan manusia la..
kalau ada lebihan dari orang2 kt rumah...makan la diorang

setiap Sebulan saya beli 2-3kali...depends rezeki banyak order masuk...
ada duit la duit...bole la belikan diorang...

tu bab makan..

kalau dah makan mesti banyak untung oooo(byk taik) hehehhe
yang ni... mmg kena sabar, kena la ajar diorang masuk toilet...so xde la bazir duit belikan pasir..
pintu toilet kena buka selalu..
bau??? mmg bau.. mereka ni suka buang poop masa malam2... so bangun tido je..harum semerbak...
kena sabar tau... kena rajin bersihkan..
kucing-kucing saya..yang dah besar saya lepas je dalam rumah..yang kecik-kecik je saya letak dalam cage..  biasanya pagi saya lepaskan... malam nak tido baru..saya letak dalam cage. 4ekor je dalam cage

yang lain semua lepaskan je... so masing-masing dengan aksi sendiri...melompat sana..melompat sini...cakar sana...cakar sini...fuhhhh naik STRESS ooo hari-hari...

tapi sabar jak la... kesian kucing ni kalau kita xjaga...sapa lagi yang bagi makan...diorang xkeje... xkan nak mencuri je baru dapat makanan... then bila mencuri... ada la kes kucing kena potong kaki la.. kena pijak sampai mati la... teruk betul manusia ni kadang2.. kalau xsuka kucing xperlu kot buat macam tu... haiwan kot... xde belajar pasal adab terhadap haiwan ke?

masa tido paling best oooo
kucing2 ni la teman kita tido... mereka akan tido keliling kita taw... so mmg rasa selamat...

so..thats all... nk tido... malam ni sekor je duduk tepi saya.... yang lain semua tinggal di rumah mak...
hopely la diorang dah makan...dah tido...

nnt esok petang balik rumah mak...kompem banyak untung..




Friday, 14 August 2015

About me ^__^


Assalamualaikum... hari ni nak share pasal suku kaum ni, kat Sabah ada banyak suku kaum termasuklah suku kaum bukan bumiputera Sabah.



Suku Kaum saya: Suluk + Bolongan + Bugis + Sungai (ni bukan ilmu kira-kira ye)

dari arwah bapa: Suluk + Sungai (Bumiputera Sabah)
dari mak: Bolongan + Bugis (Bukan Bumiputera Sabah)
kadang tgk muka orang..kita akan main teka-teki orang tu suku kaum apa....

masa zaman sekolah dulu...kawan-kawan selalu teka salah bangsa saya...

mereka akan tanya...

kau orang bugis ka?
kau orang sungai ka?
(masa tu xtau asal usul bangsa keturunan...yang tahu suku kaum kt IC je, kt IC suku kaum Suluk + Bolongan)

macam hairan gak, kenapa muka saya ni nampak bangsa tu ka? so saya cakaplah..

" bukan... orang Suluk"


tapi...

tiada pula orang tanya aku..

kau orang suluk ka?

kau orang bolongan ka?


kadang ada juga orang tanya..

kau orang bajau ka?(terus terang...salah jawapanmu dek!!)


for me..suku kaum tu hanya di IC,hakikatnya saya orang melayu...sebab reti cakap bahasa melayu je.. then bila ada orang ajak cakap suluk, (*apa tu?? cakap melayula macik..ndak aku faham) but..beware!!!

sometimes...aku bole faham apa korang mksudkn...^__^ when this happen, i will use my instinct

my instinct always rights..

thats all... xtaulah apa saya merapu kali ni... abaikan..
Assalamualaikum.

Saturday, 8 August 2015

1st post



Apa khabar? sihat ka? alhamdulillah, biar saya perkenalkan diri saya mungkin ada yang belum kenal kan, nama panggilan bung* z*r* (BZ) .. maaflah, segan nak inform nama sebenar...malu+segan... umur BZ tahun ni dah masuk 27tahun, yes...correct!! dah tua dah BZ tp masih bujang...(akan berkahwin bila dah sampai jodoh) InsyaAllah...amin


setelah berapa tahun, barulah ada rasa nak ber-blog sekali lagi.. berkongsi cerita, sbb BZ pun suka membaca kisah hidup orang...sambil belajar menjadi orang yang lebih baik, yang baik dicontohi, yang buruk jadi tauladan...


BZ seorang penganggur..tiada kerja yang tetap pun..cuma ada bisnes kecil sahaja dan menjaga anak-anak kakak...syukur Allah S.W.T Maha Pemurah walau belum diberikan pekerjaan yang baik, tapi masih ada rezeki diberikan olehNya.


Tujuan blog ni pun hanya rujukan kenangan di masa tua..bahan bacaan di masa hadapan. 

bila rasa nak imbau balik kenangan tu, boleh imbau kan...

dan mungkin ada yang kenal BZ kn..yang tidak kenal...salam perkenalan

rasanya setakat ni je post kali ni, semoga berjumpa lagi insyaAllah..

(post agak formal but its ok..)

-9.8.2015-